~u soo gojess guys ~

2011-07-18

MARI HILANGKAN 10KG DALAM MASA 3 MINGGU

hai hai hai

Apa kabar semuaaaa?? ada baik takkkkkk? hari ini bersama saya cikkukumerah dalam ruangan entry berilmu chapter tiga..

hari ini saya nak berkongsi serba sedikit mengenai kesihatan (baca title ponn da tau kan) dan macam mana nak 'maintain'kan berat badan ideal tanpa memerlukan diet yang teruk dan jugak senaman yang berat-berat..


time memula aku study dulu kan badan aku selim je.. kurus tapi aku sangat-sangat bersyukur sebab dikurniakan spesis  yang mempunyai rangka yang besar jadi bila aku kurus aku tak nampak kurus sangat.. terkadang tu aku da rasa diri aku kurus sangat sampai tulang kat dada aku ni da terjojol tapi orang still cakap yang aku berisi.. nak buat macam mana kan.. badan tough( wahh tough katenyerrr) memang menjadi kegilaan ramai.. haha.. dan bila aku gemuk pun aku tak gemuk sangat sebab aku tinggi cuma nampak lebih besar dari kebiasaanye jelahh..

dulu masa abis je spm aku nak sangat gemuk.. yelah aku masa di zaman remaja memang kurus.. body jgn cakap la... memang takde langsunggg.. tapi tang peha memang sejak azali lagi da besar.. jadi sampai je kat kl aku ambil inisiatif nak gemuk.. makan mekdonal hampir setiap hari, boring dengan mekdi makan kepsi lagi.. nak nak lagi kat kl ikan mahal jadi melantak ayam jelah.. selama 3 tahun aku kat situ makan ikan tu boleh kira dengan jari jelah la.. kesian gile.. balik kampung je terus jadi macam pontianak kebuluran.. dari breakfast bawak ke dinner lauk semua nak ikan bakar.. sampai adik-adik aku da naik pitam tengok lauk.. ikan bakar je memanjang..

sekali tu.. bile aku da gemuk.. bukan gemuk la.. bila setat berisi.. aku rasa macam happyyyy sangat.. gila kan? haha.. aku rasa macam dunia itu ana yang punya.. bangga gila dapat pakai baju saiz M.. yelah sebelum2 ni pakai baju saiz s.. rasa macam tak sesuai je dengan diri sendiri.. badan dah la panjang lepas tu kurus kerempeng lagi tak ke kelako tuuu.. sekali dapat gemuk.. haa ambik kau.. nak kurus semula tu... mak aih kemain susah.. bila da setat gemuk.. nak kurus susah.. makin nak kurus tu makin gemuk lak jadinye.. jadi langkah terakhir 'follow the flow'jelah.. da letih.. diet tapi makin gemuk.. diet la sangat kan.. kalau da diet seharian tapi sekali dapat makan tak sah kalau tak melahap skill hantu raya.. tapi bila da gemuk tu kan.. mula la rasa self-confident tu makin meluntur sedikit demi sedikit.. kenapa? rasa diri gemuk, perut buncit, jalan sikit mengah,nak dress up sikit kena pikir 2 3 kali.. takut kena boom je dengan budak-budak ni.. alih-alih sarung t-shirt jeans dengan flipper jelah.. sedih gilaaa..

then, bila aku da balik sabah.. balik kepangkuan keluarga tercintaku ini.. ada mak aku yang tolong guide kat schedule aku.. makan memang kena control.. mak aku ni manusia yang jenis mementingkan kesihatan sikit.. kat rumah ni diharamkan sama sekali fastfood dan air sejuk aka ais kosong.. kalau kitorang adik beradik nak makan beger kena sembunyi makan kat luar.. dan biasanya boleh bawak kautim ialah ayah.. huehuehue.. sebab dia pun join sekali dan yang selalu meng'kantoi'kan jugak adalah ayah sebab asal makan daging-daging mesti malam dia akan mengadu sakit kaki.. ayah ada gaot yg teruk.. tapiiii itu dulu laaa.. sekarang da tak lagi.. lepas mengamalkan sistem MRT kitorang dah TAK makan fastfood lagi walaupun sembunyi-sembunyi.. dan yang paling bestnya penyakit ayah pun Alhamdulillah da 99% sembuh..

Dengan mengamalkan sistem MRT tu jugak berat badan aku dah TURUN 13kg.. dulu 72kg sekarang da maintain 59kilo.. oyeah oyeah oyeah..


Tadi aku ada sebut MRT kan? apa itu MRT? MRT mean Molecular Reform Theraphy atau dlm bahasa melayunya Terapi Pembaharuan Sel..

pembaharuan sel? macam mana nak pastikan sel baru kita itu sihat ataupun tidak?

okeh.. kita belajar sains kejap eh..

Dalam badan kita ni terdiri daripada 6trillion SEL, dan bila sel-sel itu bercantum ia akan membentuk TISU dan tisu tadi akan menjadi ORGAN dan organ tadi menjadi SISTEM yang dikenali sebagai BADAN.. 

sebenarnya, yang sangat penting dalam badan kita ialah sel.. sebab sel adalah nadi utama dalam badan kita.. jadi untuk memastikan badan kita sihat kena jugak pastikan bahawa sel kita juga perlu SIHAT.. sel badan adalah sel yang sangat sensitif dan sel yang suka meniru.. kenapa suka meniru? sebagai contoh kanser.. pesakit kanser ni kalau dia tak peduli mesti penyakit akan jadi teruk malah boleh menyebabkan MAUT, sel kanser adalah sel yang tidak sihat, apabila sel baru lahir dia akan meniru sel kanser tadi jadi semakin banyak sel baru yang meniru makin kritikal la tahap penyakit si pesakit tadi..

Ada 6 punca terjadinya metabolisme sel abnormal;

1. Pencemaran air
2. Pencemaran udara
3. Tekanan hidup
4. Kekurangan senaman
5. Gaya hidup yang tidak menentu
6. Diet yang tidak seimbang

Dan cuma ada 4 langkah untuk 'menguatkan' daya penyembuhan badan iaitu;

1. Nutrisi yang seimbang
2. Meningkatkan pengambilan oksigen
3. Detoksifikasi
4. Penyelarasan kesihatan


Nutrisi yang seimbang ialah 80% alkali dan 20% asid  (Dr. Ragner Berg). Untuk sel-sel berfungsi dengan normal kita mestilah mengambil kesemua 60 jenis nutrien daripada diet harian iaitu 20 asid amino perlu, 16 mineral, 4 fitonutrien, 1 serat diet, 2 lemak, 12 vitamin, 1 karbonat dan 4 lain-lain seperti DNA,RNA,SOD dan Glutahione dannnnn palin fenting SATU pun tak boleh di abaikan..INGAT!!

Cara-caranye senang je.. pertama sekali yang most most important dalam mengurangkan berat badan dan jugak untuk mendapatkan kesihatan yang unggul kalian semua haruslahhhhhh STOP EATING FASTFOOD yah kawan kawan.. No mcd, No kepsi, No Pizza, No Secret Recipe and No instant mee (tak kisah la brand meggi ke,mamee ke,cintan ke,cindai ke..ehh)..ingat tu...kolestrol kolestrol


okeh anak-anak,kita sendiri pun tau kan yang makanan-makanan instant ni kandungan lemak dia tak hagak-hagak.. terutama sekali mcd dan kepsi.. tu semua lemak membunuh je tu..dah kenyang melantak beger lepas tu minum pulak air pepsi,coke,mirinda strawberry etc..bagus sangat la tu..da la makan lemak-lemak lepas tu minum lagi air bikarbonat.. da cun la tu.. tak lama lagi meletup la usus awak tu.. 

korang pernah buat experiment tak pasal air coke tak? kalau tak pernah.. lepas ni cuba korang pegi beli setin coke lepas tu rendam kan tulang ikan kat dalam air coke tersebut.. biarkan selama 2 minggu dan tengok apa yang akan berlaku.. takpunnn.. ada yang lagi senang..beli setin coke (kalau nak sebotol pun apa salahnye) lepas tu pegi tuang kat mangkuk jamban korang then biar selama 5-10minit lepas tu bilas dengan air paip dan silat sendiri hasilnye ye kawan-kawan.. lepas ni da boleh suruh mak takyah beli harpic lagik suh beli coke je.. jimattttt.. boleh minum sekaligus boleh buat toilet bowl cleanerr.. wahh.. bijak bijak..

'wahhhh.. kalau semuanye NO.. habis tu nak makan apee jee?'

masing-masing pun pernah belajar pasal piramid makanan kan? yang kat bawah sekali tu mesti ada gambo sayur-sayur dan buah-buahan tempatan kan? soooo.. banyakkan makan sayur dan buah-buahan.. banyak kan makan carrot.. baik untuk mata, makan pisang dan papaya(ni aku tak suke sebab lembut-lembut..euwww) ia baik untuk sistem detiksofikasi(sistem kolon), makan buah delima sebab 4x anti-oksida dari teh hijau, makan anggur sebab banyak kebaikannye.. (eh apesal banyak tulis pasal buah je?) sebab aku tak suka makan sayur tapi aku suka makan buah.. tang buah aku memang 'teror' ahh.. hehe..

Dannnn.. kalau anda sama spesis macam aku.. korang boleh la makan sayur-sayuran dalam bentuk tablet.. huehuehue... mean ambil supplement lebih la sayang oii.. makan supplement lagi baik.. nak tunggu makan sayur tu kim salam jelah ehh.. aku sanggup luangkan masa aku untuk asingkan sayur mayur dari makanan aku tu.. memandangkan sayur pun da mahal sekarang ni.. hari tu teman mama pegi pasar.. sayur kailan tu seikat dah rm2 dahtu ade berapa kerat jee.. mak aku baham sorang pun tak cukup tauuu.. so better makan supplement atleast boleh dimakan bersama anak,kakak,abang dan adik yang anti-sayur macam saya..:D



Dua ni amat penting bagi aku.. terutama sekali spirulina tu.. spirulina tu aku makan 10 biji sebelum breakfast dan 10 biji sebelum tido.. makan spirulina je da buat aku kenyang so untuk breakfast aku cuma makan roti dan minum susu dan untuk lunch memang tak makan sangat.. bukan saje-saje tak makan tauuu.. tapi serious kenyang.. so kuantiti makanan tu dari ke hari makin sikit dan badan pun dari hari ke hari makin kecik lahhh.. huhu.. dan untuk vitamin c aku masak lepas breakfast.. dulu kulit aku sangat sensitif.. aku takboleh simpan kuku panjang sebab asal kuku panjang je mesti muka aku akan keluar jerawat besar-besar.. tak tahu la kenapa.. sebab aku suka garu-garu muka kot.. tapi sejak makan vitamin c ni.. da takde lagi la jerawat besar tu dang yang bestnye pingmentasi pun makin berkurang.. 

kedua, Penambahan Pengambilan Oksigen. oksigen sangat penting dalam kehidupan, oksigen diperlukan untuk menghasilkan 90% tenaga dalam badan dan setiap organ dalam badan kita SANGAT memerlukan oksigen untuk melakukan tugas metabolisme dan detiksifikasi dan jugak menyokong sistem inmum yg kuat dan mengurangkan jangkitan bakteria..

penambahan oksigen boleh dilakukan dengan mudah ye kawan kawan... kita cuma perlu BERSENAM sedikit..alahhh sikit jelah.. tak banyak punn.. tak perlu nak angkat dumbbell, takyah nak gi gym nak treadmill dan sebagainye.. senang sangat ni.. ini lagi mudah,jimat dan berbaloi-baloi contohnya sapu lantai rumah, mop lantai, bersihkan jamban tolong mak kat dapur exercise la jugak tu disamping tu dapat bergosip bersama ibu tersayang..tak ke harmoni rumah tangga macam tu.. sekurang-kurangnye dapat badan yang sihat,rumah bersih sedap mata memandang dan mak sayang sebab rajin.. bile semua da settle boleh la tolong kemas kan rumah jiran sebelah pulak.. ape salahnye buat amal jariah sikit..kan kan kan.. 




lepas tu, banyakkan minum AIR SUAM.. tak mauuu air sejuk okehhh.. air suam ni banyak kelebihannye..antaranya adalah mempercepatkan sistem percernaaan,, kalau nak tau lagi sila la google sendirik ye kawan kawan.. dengan cuaca kita yang sangat teruk sekarang ni pengambilan air adalah sangat penting dalam tubuh badan.. mengapa? sebab cuaca yang panas dan jugak pencemaran yang berleluasa..pokok-pokok pun da semakin berkurangan so semakin berkurang jugak la oksigen yang akan dibekalkan kepada kita.. sedangkan dalam dunia ni ada berapa trillion orang eh? rakyat malaysia pun da cecah juta-juta kan.. dan cuba lihat sejenak kat sekeliling kita. ade berapa batang pokok je yang ada.. macam kat kawasan taman aku ni.. rasa-rasa macam tak sampai 15 batang pokok pun tu pun pokok mangga.. ok lah dari takdo.. jadi dengan air kita akan menambah lagi pengambilan oksigen dalam tubuh badan..simple kan?? 

ketiga, Detoksifikasi.. objektif detoksifikasi ialah untuk menyingkirkan sisa toksin dalam badan bermula dari tempat yang paling kotor.. 



Tahukah anda.. 'walaupun kita membuang air besar secara normal setiap hari, tetapi masih terdapat 2.7kg-4.5kg najis terlonggok dalam usus kita!!'..euuwww... scaryy gilaaaaa.. dan sape-sape yang susah sangat nak buang air besar tu hati-hati la yee.. da tak lama lagi tu.. sebab kalau korang nak tau.. najis yang tidak dicernakan selama 2 hari tu kalau kita ambil airnya dan suntikkan ke tikus, tikus tu boleh MATI dgn SERTA MERTA.. sekali lagi.. euwwwww scaryyy gilaaaaa... 

so bayangkan kalau orang yang hanya buang air sekali seminggu.. kalau tikus tadi dia mati cepat sebab badan dia kecil.. tapi kita pulak akan mati palan-palan (perlahan-lahan).. nak keeeee?? (sambil angkat-angkat kening).. sebenarnya kan.. banyak-banyak benda dalam badan kita ni.. kita kena perlu beri perhatian kat usus kita.. sebab itu adalah sistem yang sangat penting dalam badan.. usus rosak konpem hati, buah pinggang, jantung sapsaiiiii... 

KANSER KOLON IALAH PEMBUNUH UTAMA ABAD KE-21.. maka dengan itu saya menyeru.. CINTAILAH USUS ANDA.



Dan yang last sekali, Penyelarasan Kesihatan.. tujuannye adalah untuk mengekalkan kestabilandan keadaan optimum badan, mengawal persekitaran dalaman dan untuk terus kekal hidup sihat dan sejahtera.. dan untuk ini saya makan ini.. 






4 comments:

Jill Justin said...

Wahh mau tanya ni..ni semua supplement ni dapat dari mana and how much? thankss :)

♥CIK KUKUMERAH♥ said...

hye Jill.. okeh.. supplement ni boleh didapati di semua cawangan-cawangan ELKEN yang terdekat.. dan mengenai harga dia better pergi terus ke stokis dan rujuk dekat operator disana.. try la supplement ni.. konpemmm berbaloi-baloi ;)

Day Dream Believer said...

sangat berbaloi-baloi.. rugi sesiapa x consume kan dian.. ELken in ma heart forever.. :) ngehhh

♥CIK KUKUMERAH♥ said...

ngeh ngeh.. harusss lahhh (sambil wat thumb up).. napa nda pegi RAN.. aduh..meletop2 ya event kita.. cuma nda berapa hangat sebab nda ramai ya konco ku berdancing2 malam tu.. sampai teseliuh aku berRR malam tu