~u soo gojess guys ~

2013-08-13

Tanganku Kaku

Assalamualaikum w.b.t

Apa kabar semuaaaaa? *ceit. acah-acah macam ade je orang follow blog die kan. akaka*..

phewww.. macam lama sangat dah tinggalkan belog ini. almost 1 year la kalau tak silap. last post pasal wedding nick ngan nona. tapi yang hairan dan ajaib post tu dah hilang entah kemana. pergi membawa diri agaknya. sekarang nona dan nick dah ada baby. so memang genap setahun la tak sentuh belog ni. rindu jugak nak membebel tapi disebabkan kekangan kerja so tak dapek la den nak menolongnye pun.

Thanks kepada adik Yatty Nasrah yang selalu PM kat pesbuk tanya apesal tak hupdet belog. hakak pun taktau apa yang kau nak baca sangat kat sini dek. mengarut ja semua ni. nak cakap belog ni berinformasi memang menyimpang sama sekali. rindu tu memang ada tapi bila memikirkan belog ini hanya permainan dunia sahaja maka nafsu itu dipendamkan sahaja *padahal kemain aktif lagi kau kat pesbuk mahupun integrem ye dokk*. ingatlah dik. semua ini dunia. laghaaa semua ni dik. ahahaha

sebenarnya ni pun bukannya terfikir nak post up menda ni kebetulan pinjam laptop ady nak update resume then sekali update resume apa salahnya kita mem'post' sepatah dua kata kat sini ye dok. yeke sepatah? ni dah berpatah-patah den nengok ni haa. sebelum2 ni den online kek henpon jo leptop den doh molotup aritu nak beloging macam xde nafsu ah nengok skrin phone. kocik yo juling bijik mata den nak menaip. tunggu bonus den kuar den pi angkat la leptop sehelai dua tu pun kalau bonus den bertingket tingket la kalau tak tunggu jelah ihsan orang lain yang nak bagi pinjam leptop dorang. ok stop pasal laptop kang 3 hari tak habis-habis.

mengenai kehidupan sekarang ni, alhamdulillah kehidupan semakin stabil. pelan-pelan kayuh la kan. living cost disabah ni especially di kk ni lebih kurang ja dengan kl. malah di kl lagi murah kalau di kk ni semua la mahal tiada la yang murah. malas nak komplen nanti kena bash lagi "rakyat malaysia memang tak bersyukur bla bla bla bla kalau tak suka pilah duduk negara lain bla bla bla rakyat berbilang bangsa bla bla bla bla 1 malaysia bla bla bla undilah rosmah" ehhhh. mengenai kerja pulak, so far alhamdulillah la. walaupun busy tahap perdana menteri tapi alhamdulillah la. environment ok boss baik gaji alhamdulillah. boleh la untuk berpoya-poya. hehe. sekarang ni dalam kepala otak aku kerja kerja kerja. kumpul duit keliling dunia. jeles tengok orang lain dah sampai macam macam tempat.

okeh la. stop sampai sini dulu, ayah dah panggil nak ajak ke pasar. malam ni rumah ai ada buat open house. siapa yang berada di sekitar sini boleh la singgah. and last but not least, SELAMAT HARI RAYA SEMUA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

2012-04-26

Adam Shamel, Kau Buat Diriku Begitu Berharga

Assalamualaikum wbt..



Tiga minggu yang lepas bersamaan hari sabtu  6, februari 2012  AkuDia-Picthography bersama-sama beberapa photographer lain berganding bahu membanting tulang menjayakan program 'mari berphotoshoot bersama-sama dua wanita comel ini' hewhewhewhew...

dek kerana photoshoot haritu dihadiri oleh 5 orang photomens dan sorang fotowomen yang hensem power lagi bergaya..auwwwww *buat tangan ala diva*. so, aku pun ada terasa diri ini seperti angelina jolie yang dikelilingi dengan paparazi gittew.. *sila lempang*..

photoshoot kali ni adalah photoshoot yang pertama buat diriku, maklum la sebelum ni makcik hanya mampu duduk belakang tabir jek sekali da dapat jadik heroin hahhhhhhh hambik kau, segala macam posing makcik bagi.. nasib jek themes hari tu photoshoot muslimah.. MUSLIMAH tauuuuu.. jadi takkan ada la aksi kangkang mengangkang, ghairah mairah dan sebagainya..sila la buat aksi ghairah nescaya dipanah petir la kalian pada hari itu..

disebabkan ini adalah pengalaman pertama, ditambah-tambah pulak dengan adanya beberapa photographer lain terus sejuk satu badan, rasa macam nak pitam pun ada dol.. gila ah.. tak pernah-pernah aku macam tu.. tau tau lah kan aku ni dah la pemalu.. kalau ramai-ramai macam tu konpem menggeletaq satu badan..habis berpeluh satu badan cheq naaa.. nasib jugak la ada partner, kak fiffy la yang banyak backup aku.. then, da lama-lama sikit baru la calm down.. photographer pun sporting-sporting belaka dan juga baik hati.. nona pun banyak ajar buat-buat posing sikit, maklum la ai ni kan batu kayu macam si tanggang baru lepas kena sumpah..


ini adalah contoh muka blur yang bajet cool dan posture badan ituuuuuuuuu.. makcik no komen lahh

dan ini adalah contoh muka cool part 2, walhal ketiak dah banjir kilat dek kerana global warming yang melampau-lampau

ini adalah contoh muka yang konon-konon happy padahal dalam kepala hotak ni da macam-macam fikir.. ' eh, betul ke cara aku senyum ni? eh, ok ke muka aku sekarang ni ada iras-iras tiz zakiyah ke eh? dan pelbagai EH yang lainnya..


kak fiffy yang bajet ala arabian padahal dah lencun satu badan tapi beliau tetap buat muka selamba jek.. hebat hebat.. 

dalam banyak-banyak picture.. ini capture saya banyak sukaaaaa *angkat ibu jari*

tak sangka aku mampu buat muka innocent macam ni.. ini kalau bakal mak mentua nampak ni, konpem cepat-cepat naik meminang.. hewhewhewhew


photographed by Adam.Shamel , check Adam Shamel out at his Website and LIKE his Facebook


so, ce ce ce cekidaut kawan-kawan... 



nota kaki: sebenarnya entri ni dah lama buat tapi kandas kat draft dek kerana penulis terlalu sibuk dan juga penyakit pelupa penulis yang melampau-lampau sehinggakan penulis terlupa mengetik button publish.





Thank you for reading this entry ;)




2012-04-25

SETUDEN DAN HUTANG


Assalamualaikum wbt..


hari ini anda bersama saya dyan dengan topik perbincangan kita pada petang ini iaitu HUTANG PTPTN, BILA KAU NAK BAYAR.

sebelum isu ini saya kupas dengan lebih lanjut, izinkan saya menyusun sepuluh jari yang gebu ini dan meminta maaf kepada kalian semua jikalau sepanjang perbahasan saya kali ini akan menyinggung mana-mana pihak khususnya SETUDEN atau lebih tepat lagi SETUDEN PEMINJAM DUIT PTPTN.



dewasa ini, kebanyakan pelajar-pelajar di IPTA mahupun IPTS lebih memilih untuk meminjam PTPTN. Kenapa pinjam? yelah, nak guna duit cash tak mampu dol..

*pause*

sorry wahai pembaca sekalian, penulis ini memang 'failed' dalam berbahasa formal. 


Aku pun pernah jadi setuden jugak dulu tapi time tu aku dapat scholarship. so, aku takda lagi pengalaman jadi penghutang puluh-puluh riban kat kerajaan...hekhekhek


tapiiiiiiiiiiiiii, kali ni aku nak kupas isu PTPTN ni bukan sebab aku taknak korang pinjam PTPTN, tapi isu kali ini lebih kepada pinjam hutang tapi tak reti-reti nak bayar. Aku tau aku dan PTPTN takda kaitan sedara langsung pun dan aku pun tau yang duit PTPTN/MARA yang korang guna tu bukan jugak duit aku cuma kali ini aku tak puas hati sebab ada jugak bangsa-bangsa yang pandai pinjam tak reti nak bayar, bangsa camni samalah jugak dengan bangsa-bangsa yang reti berak tapi xnak flush. dah la tak bayar, banyak komplen pulak tu. kalau kau komplen kau bayar takpe jugak.. tuihh

time pinjam dulu kemain lagi kau kan, kau la orang pertama yang send form tu kat management. segala kata janji manismu di agreement letter kau sign. bila pertengahan semester duit da masuk dalam akaun, kau jugak la orang pertama yang beratur kat depan ATM. tak kisah la queued sejam ke dua jam ke kau sanggup. bila duit da riban-riban dalam kocek, kauuuuuuu jugak la orang pertama yang beratur kat depan pintu shopping mall walaupun time tu shopping mall buka jam 10, jam 8 pagi kau dah terpacak kat sana.

tapi, bila nak bayar balikkkkkk.. kau la orang yang pertama maki-maki kerajaan cakap kerajaan cekik darah, makan duit rakyat. marahkan kerajaan sebab blacklist nama kau, kau nak holiday ke oversea tapi kandas kat airport habis semua staff situ kau maki. amboiiiii.. kau holiday kau mampu, bayar hutang kau banyak bunyi.. banyak cekadak kau sana.. cakap kerajaan makan riba sebab letak percent bunga tinggi sangat. time isi form aritu kemain laju je jari kau kan.. tak sampai 1minit kau isi form kau dan sekarang kau lagi nak komplen bagai.. tak faham makcik tauuuuu..

korang pun tau kan benda paling basic dalam kehidupan kita ni,

Bila berhutang, adalah menjadi kewajipan untuk membayar semula hutang tersebut.


jangan la salahkan percent tinggi ke apa.. kau dah setuju, form da sain. means, kau dah agree dengan isi kandungan form tu. tapi kenapa sekarang baru nak komplen. kenapa dulu taknak guna duit sendiri je? okay aku faham sebab mak bapak tak mampu nak tanggung 100% yuran kau kan? kenapa kau tak cari je inisiatif lain? belajar rajin-rajin, dapat pointer first class hutang tadi da jadi free.. semua pun da jelas dalam aggreement kan? kalau tak mampu nak dapat pointer 1st class why not kau tak buat part time job jek. senang kan?

aku time jadi student dulu memanglah everything kena support. yuran, rumah sewa even makan minum pun aku free sebab biasiswa aku tu fully covered tapi aku still buat part time job jugak. faham-faham lah kan duduk di perantauan jauh dari family pulak tu. bapak aku ni pulak jenis yang bagi duit sebulan sekali jadi pandai-pandai kau lah nak manage duit tu. kalau tersilap langkah makan meggi jelah kau kat sana. time jadi setuden dulu aku tau banyak sangat dugaan,godaan dan cabaran. maklum lah duduk pun kat bandar besar, sorang-sorang pulak tu, harap kawan-kawan jelah yang ada. so memang takdelah orang yang boleh manage kan expenses aku.. kalau nak harap duit mak bapak memang tak lah, aku memang dah dididik sejak kecil lagi untuk tidak bergantung harap pada orang lain dan hingga la ke saat ini kalau aku tak da duit hasil titik peluh aku sendiri aku akan rasa unsatisfied dengan diri aku sendiri. Time study dulu, aku shopping sana-sini enjoy berpoya-poya semua guna duit gaji aku tak terlintas difikiran aku nak berjoli guna duit bapak aku. duit yang dia kirim aku buat makan dengan buat bayar tiket flight aku ulang alik kk-kl je.

Time aku study dulu, aku ada kenal sorang kakak ni, dia ni jenis yang berdikari sikit. dari background family dia, aku tau dia bukan la dari golongan orang yang senang tapi sebab dia ni jenis yang independent dan hardworking, dia mampu habiskan 3tahun tempoh belajar dengan duit dia sendiri tanpa ada bantuan dari sesiapa pun dan dia jugak adalah 'first class degree student' bhaiii..serious aku cakap, yang dia tak pernah terfikir nak enjoy-enjoy.. yang ada dalam kepala hotak dia duit,duit,duit. aku pernah cakap kat dia, tak payah la hardworking sangat sebab aku pulak yang rasa kesian tengok dia siang pegi kuliah malam pergi kerja kat 7e. dia tidur pun 3-4jam je sehari. tapi korang nak tau apa dia jawab..

"tak pelah dyan, aku susah hari ni..lagi pun aku masih muda. tulang empat kerat aku ni masih mampu nak buat kerja.takpelah susah sekarang jangan menyesal dikemudian hari"

simple.

tapi ada betulnya jugak apa yang dia cakap, 'takpelah susah sekarang, jangan menyesal dikemudian hari'.

cuba kita fikir bersama-sama, memang betul, penat gila kalau belajar sambil kerja. mana nak fokus kan belajar. exam, quiz lagi lepas tu kena membanting tulang kat tempat kerja pulak. tapi kau satisfied tau sebab hujung bulan kau dapat gaji, kumpul duit dan kau bayar yuran kau atas titik peluh kau sendiri berbanding dengan kau buat loan, best sebab hujung semester dapat duit riban-riban, boleh pergi shopping sana sini.Ni lagi satu perangai budak-budak zaman sekarang, mentang-mentang dapat duit riban-riban kemain lagi kan.. dapat rm2500 sekelip mata jek habis, bila ditanya kemana perginya duit tu, memasing jawab beli handphone baru lah, camera baru, laptop baru, baju baru.. habis semua duit dilaburkan ke shopping mall. kan lebih baik kalau duit yang korang dapat tu guna separuh je yang selebihnya simpan untuk bayar semula hutang tu, atleast tak banyak sangat la amount yang kau akan bayar balik dikemudian hari. kita ni jadi manusia kena bijak, apa guna Allah bagi akal fikiran kalau kau tak guna.

sekarang korang boleh la bangga tunjuk kat semua orang yang korang ada ipad 2, iphone 4s, samsung s2 dan berbagai-bagai S lagi la tapi nanti da habis belajar, kau tau la macam mana sakit hotak kau nak fikir nak settlekan hutang-hutang puluh riban kau tuuuuu. senang lah cakap, lepas grad cepat-cepat la cari kerja, tapi kau tak fikir kalau kau dah kerja nanti kau mesti nak ada kereta (hutang lagi), mesti nak ada rumah sendiri (ohh yeah, hutang lagi).. sekarang cuba kau imagine berapa banyak hutang yang kau kena bayar?? time tu sampai tua kerepot pun belom tentu kau mampu nak bayar hutang-hutang kau tu.. bila tak dapat settle, time tu kau tetap dapat S jugak.. S untuk SAMAN sebab tak bayar hutang.. hewhewhew

lagi satu, korang tak kesian ke dekat bakal anak-anak kita di masa akan datang nanti, dorang pun nak setadi tinggi-tinggi macam kita jugak. kalau time tu kau mampu nak sekolahkan dorang dengan duit kau sendiri takpe jugak tapi kalau tak? amacam? tiap tahun ada je orang buat loan dan tiap tahun ade jek orang kena blacklist. kalau time dorang nanti PTPTN da dimasuhkan, amacam? nak pinjam kat sape pulak? ah long? ke tak payah bagi dorang setadi terus lagi senang. biar kita je pandai anak bangsa kita yang lain semua jadi palui.



ok lah.. pesan kak dyan kepada pembaca-pembaca semua, berhati-hati dalam membuat keputusan, segala keputusan yang kita buat harini akan mempengaruhi masa hadapan kita semua. berfikir sebelum bertindak dan jadilah manusia yang bijak dalam membuat keputusan and dont drink and drive beware of dog.



oriteee... high five duluuuu!!



sekian..peace no war



Thanks for reading this entry ;)












2012-04-10

MARI MENJADI MUSLIMAH COMEL.. HEWHEWHEW

pesanan ringkas: maaf entri kali ini hanya entri bergambar.. makcik takde idea nak tulis panjang lebar..


Date: 6 februari 2012
Venue: Alamesra, Kota Kinabalu
Talent: Fiffy Khazrina & Ehem2 *cough*


Photo taken by AkuDiaPictography *sila klik untuk maklumat lebih lanjut*

Dyan Erma Shieta *gediks..padahal boleh je letak caption 'me'.. *



Shoot by bro Sabrizam Adam.Shamel 









shoot by bro cikbush






Actually aku da lambat nak pergi kerja ni.. sampai caption pun lupa nak letak.. so kepada you all yang berminat untuk menjadi talent kepada mereka-mereka ini.. sila klik link yang terpapar di skrin anda.. jangan malu jangan segan klik ja.. dijamin takda caj tersembunyi.. hewhewhew..


sekian terima kasih

2012-02-08

INI ADALAH ENTRI BERBAYAR..

Assalamualaikum my pretty and my handsome readers..

its been a long time im not writing here bah kannnn? hewhewhew *motif*


last sunday aku dan akudiapicthography crew's ada buat photoshot seasons.. and yeah.. aku bukan model sekadar budak milo yang merangkap lighting women, make up artist, budak pegang tisu and so on.. setended budak milo la katakannnnn...hewhewhew *motif gelak camni*

tempat untuk photoshot memang menguji kesabaran fizikal dan mental aku... kat hutan belantara mana ntah dorang buat photoshot kali ni.. tak cukup dengan hutan belantara, kena mendaki bukit bukau pulak.. habis banjir kilat ketiak mokcik nakkkk.. tapi dek kesabaran yang menebal dalam diri.. aku berjaya hingga ke titisan peluh terakhir..oyeahhhh..

okeh.. sila abaikan kemerepekkan aku di atas.. lebih baik korang layan gambar-gambar bebudak nih.. dan makin terer mokcik tengok..

Talent: Fiffy Khazrina & Farina





dorang ni bukan je shoot gamba model jek tauuu.. gambar majlis-majlis keramai which is gig,wedding party,kenduri kendara.. majlis kematian pun kalau korang nak, no problema bebeh.. yang fenting ada duit.. semua mereka bedal.. 

mengenai harga pulak, korang jangan risau harga boleh runding dan semestinya kepuasan terjamin dan berbaloi-baloi *sambil buat thumbs up*

kepada yang berminat, anda boleh la membuat tempahan anda dengan menghubungi mereka di talian berikut 0164449129 (nick) / 0164446129 (nona) dan juga boleh email kan ke akudiapictography@gmail.com. sesaper yang ade pesbuk boleh add kat AkuDiaPicthography dan juga boleh usha belog mereka di akudiapicthography.blogspot.com




dan dibawah ini harga pakej dorang..ce ce ce cekidaut bebehhh



2012-01-25

TULANG SULBI

Tengah kusyuk 'mentelaah' pesbuk .. :P dan terbaca satu artikel pasal tulang sulbi. sumpah aku cakap aku memang tak pernah dengar pasal tulang subi nih.,yang aku tau tulang rusuk,belakang dan tulang belulang.. noob kan? *booo dyan beramai-ramai*..  

so, hari ini cikgu ingin berkongsi dengan kalian semua keistimewaan tulang sulbi ini.. tulang apa murid-murid? TULANG SULBIIIIIIII cikgu.. bagusss, pandaiiiii murid cikgu... *tetiba transform jadik cikgu*..

okeh now..FOCUS.. dan SELAMAT MEMBACA *wink*



Apa itu tulang sulbi dan apa sebenarnya rahsia serta keajaiban tulang sulbi sehingga tulang ini disebut oleh Rasulullah s.a.w sejak 14 abad dahulu?. Mengikut istilah anatomi, tulang sulbi dikenali sebagai Coccyx. Ia merupakan tulang yang terakhir dalam susunan dari atas ke bawah tulang vertebra (tulang belakang) yang terletak dibahagian pinggul.



 Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasululah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Semua bahagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah, kecuali tulang sulbi yg daripadanya ia diciptakan dan daripadanya dia akan dibangkitkan." (riwayat An-Nasa'i, Abu Daud dam Ibnu Majah). 

Berdasarkan hadith di atas dapat disimpulkan bahawa:

1. Bermulanya kejadian manusia adalah daripada tulang sulbi.
2. Tulang sulbi begitu utuh & tidak akan hancur.
3. Manusia akan dibangkitkan semula pada hari kiamat daripada tulang sulbi.

Seorang saintis Jerman bernama Hans Spermann berjaya membuktikan bahawa sel-sel di dalam coccyx tidak akan hancur. Dalam kajian yang dilakukan, beliau telah mengisar tulang coccyx sehingga hancur dan memanaskannya dengan suhu yang amat panas dalam tempoh masa yang lama. Beliau kemudian memeriksa sel-sel tulang tersebut dan ternyata ia masih lagi hidup dan utuh seperti biasa.

 Jadi ini bermakna, meskipun jasad seseorang telah meninggal dunia, tetapi sel-sel dalam tulang coccyx kekal hidup walau di mana sekalipun dia dikebumikan meskipun telah beribu-ribu tahun lamanya. Manusia dibangkitkan semula pada hari kiamat dengan tulang sulbi

Dalam AL-Qur'an ada menceritakan tentang kebangkitan manusia pada hari kiamat.

Firman Allah yang bermaksud "Engkau memasukkan malam ke dalam siang, dan Engkau memasukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup" (surah Ali I'mran 3:27). 

Hans Spermann berjaya membuktikan keupayaan sel-sel tulang coccyx untuk tumbuh semula. Beliau telah memasukkan tulang-tulang sulbi yang telah dikisar dan dibakar tadi ke dalam embrio-embrio lain. Hasilnya, tulang sulbi tersebut tetap dapat tumbuh dan membentuk paksi janin yg lain. 


SUBHANALLAH…







Thank you for reading this entry 
Peace No War (Y)




2012-01-16

JOM TUTUP AURAT!!

Assalamualaikum..

Jom sama-sama perbaiki cara berpakaian kita semua ;)